Imej

Penerangan gambar adalah satu label dengan tujuan yang penting; ia membantu menerangkan gambar tanpa mengambil kira sama ada penerangan itu berunsur lelucon, ilmiah atau serius. Laman ini merupakan satu garis panduan dalam menulis penerangan yang padat tetapi bagus. Laman ini tidak menetapkan panduan yang wajib diikuti, namun kebanyakan orang akur dengan panduan ini.

Gambar dan penerangannya berhubung kait dengan satu sama lain. Sekeping gambar mungkin tidak difahami, namun dengan adanya penerangan, gambar tadi dapat dilihat dengan pandangan baru seolah-olah penerangan itu memberi nyawa kepada gambar. Gambar menarik pembaca kepada penerangannya, dan penerangannya menghubungkan imej dan teks. Kadang kala, maklumat yang terdapat dalam gambar dan penerangannya tiada dalam teks rencana dan ini memberi kefahaman yang lebih kepada pembaca.
Perlu diingat bahawa bukan semua gambar perlu kepada penerangan; kadang-kadang, gambar itu cumalah perhiasan. terdapat juga gambar yang menerangkan dirinya sendiri. (Wikipedia)

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP